Hai, boleh kami bantu anda?

Kami ingin menyatakan sekali lagi kepada anda bahawa segala butiran peribadi yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pembayaran adalah sangat sulit. Kami tidak akan sesekali mengedar, menjual, membocorkan data peribadi anda untuk tujuan keuntungan haram. Sekiranya ada, ianya hanyalah untuk tujuan “follow up”, penyebaran PROMOSI  dari laman web yang telah kami sediakan untuk anda.

Buat masa sekarang, kami masih belum menyediakan pilihan pembeyaran dalam bentuk COD. Walaubagaimanapun sekiranya pembayaran melalui COD telah disediakan kami akan memaklumkannya kepada anda.

Kami menyediakan pembayaran menerusi payment gateway Toyyibpay dengan caj transaksi serendah RM1 per transaksi.

Untuk pembayaran secara online bersama Toyyibpay, kami masih belum menyediakan kemudahan pembayaran menerusi kredit kad.

Tapi kami menerima semua jenis debit kad atau bank card ATM yang menyokong penuh FPX untuk tujuan pembayaran.

Seperti biasa, kami akan menggunakan khidmat J&T Express untuk segala urusan penghantaran. Anda boleh memilih untuk menggunakan alamat rumah mahupun alamat tempat kerja sebagai lokasi penerimaan.

 

Walaubagaimanapun sekiranya kawasan ataupun lokasi anda tidak mesra J&T, kami juga boleh menggunakan khidmat Poslaju sebagai penghantaran alternatif.

Iya… 
Sekiranya berlaku kesilapan penghantaran dari pihak kami, seperti isu barangan yang dihantar tidak sama model dengan barangan yang dibeli, pihak kami akan menanggung kos pengeposan semula.